masih ingat lagi pada mereka pasangan kembar siam ni..jom baca


Ahmad dan Muhammad Rosli, 17 tahun..
Antara pelajar yang mengambil SPM tahunni...
Mereka mengambil SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) USJ 23 dalam kelas sains tulen.
Sikembar yang pandai...

Pasangan ini menjadi tumpuan seluruh dunia kerana dilahirkan bercantum pada bahagian dada dan punggung pada 1998, sebelum menjalani pembedahan pemisahan di Hospital King Fahd National Guard di Riyadh, Arab Saudi pada September 2002.
Pembedahan pemisahan yang memakan masa selama 22 jam 45 minit itu dibiayai sepenuhnya oleh Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Abdullah Abdul Aziz yang melibatkan kos RM1.7 juta.
Proses pembedahan itu turut disiarkan secara langsung melalui skrin besar di hospital dan disaksikan masyarakat dunia melalui laman web khas.
Meskipun pergerakan mereka agak terhad, Ahmad dan Muhammad tidak pernah malu untuk ke sekolah yang majoritinya terdiri daripada remaja normal.
Malah mereka kini dilihat lebih matang dan mampu berdikari hasil asuhan arwah ibu mereka, Asiah Kanda. Bagaimanapun, ditakdirkan Asiah meninggal dunia akibat kanser payu dara pada November 2011.
"Sejak dari awal lagi ibu mendisiplinkan kami supaya berdikari kerana tiada siapa yang akan bantu melainkan dengan usaha kami sendiri.


Tag : kisah


0 Komentar untuk "masih ingat lagi pada mereka pasangan kembar siam ni..jom baca"

Back To Top