sedih melihat rupa seorang amah disimbah air panas mendidih oleh majikannya.




Kisah mengenai nasib pembantu rumah atau amah yang terpaksa berdepan detik hitam apabila didera secara fizikal mahupun mental oleh majikan bukan suatu yang asing.

Namun, ia mungkin jarang dilaporkan ekoran rasa takut atau ugutan majikan terhadap pekerja khususnya mereka yang bekerja sebagai amah di luar negara.

Bagi merungkai ‘misteri’ keganasan melibatkan nasib malang amah yang bekerja di luar negara, seorang wartawan antarabangsa, Karen Emmons berjaya membongkar dan menemui amah yang menjadi mangsa kes penderaan majikan.

Menerusi kisah yang dikongsi Love Revolution di Facebook, Emmons yang bekerja dengan seorang jurugambar, Steve McCurry menyatakan dia menemui sekurang-kurangnya 25 wanita bekerja sebagai amah yang berkongsi kisah tragis mereka sepanjang mencari rezeki di beberapa negara seperti Malaysia, Taiwan dan juga Arab Saudi.

Berkongsi detik pahit yang menimpa mangsa, McCurry (jurugambar) menyatakan dia paling ‘tertarik’ dengan kisah wanita yang dipanggil gelaran ‘babi’ dan ‘anjing’ atau lebih teruk daripada panggilan tersebut.

“Saya mendapati ia adalah antara sifat kemanusiaan yang paling merisaukan.

“Wanita-wanita ini biasanya adalah tidak berpendidikan, naïf dan hanya cuba untuk mendapatkan kehidupan lebih baik.

“Dalam kebanyakkan kes penderaan, mangsa sering takut untuk melaporkan kejadian tersebut kerana khuatir tentang nasib keluarga, dituduh serta takut dipulau atau dikutuk sekiranya mereka diketahui dirogol dan tidak menerima wang,” kata McCurry secara eksklusif kepada program The World, baru-baru ini.
1. Sritak, pembantu rumah Indonesia di Taiwan

Antara kisah menyayat hati dikongsi McCurry dalam temubual tersebut membabitkan lima wanita berasal dari Indonesia dan Filipina termasuk seorang amah bernama Sritak bekerja di Taiwan.



Menurut McCurry, Sritak bukan sahaja dipaksa membuat kerja seawal jam 6 pagi sehingga lewat malam, malah turut dipukul dengan paip besi selepas dituduh mencuri oleh majikannya.

Lebih kejam, majikannya turut mencurah air panas di badan Sritak, selain pasportnya dirampas dan menghalang wanita itu berhubung dengan ahli keluarganya.



Akibatnya, wanita yang berasal dari Indonesia itu mempunyai lebih 20 kesan parut termasuk garis panjang dibahagian mukanya.

“Tindakan kejam yang sangat tragis seperti ini tidak boleh dialami sesiapa pun,” kata McCurry lagi.
2. Sumasri, pembantu rumah Indonesia di Malaysia



Sementara itu, penderitaan sebagai seorang amah dialami Sumasri yang bekerja di Malaysia yang mana dia turut disimbah air panas mendidih oleh majikannya.

Bagaimanapun, kisah sebenar yang menimpa Sumasri sering kali berubah setiap kali dia menceritakan kepada orang ramai.

Malah, jirannya menyatakan Sumasri yang berasal dari Jawa Timur, Indonesia dikatakan mengalami masalah mental.
3. Anis, pembantu rumah Indonesia di Hongkong



Lain pula, nasib yang menimpa Anis (bukan nama sebenar) selepas lima hari tiba di rumah majikannya di Hong Kong, dia dimaki majikannya dengan panggilan ‘anjing’.

Menjerit dalam bahasa Kantonis, majikannya menarik Anis ke dapur sebelum mengugut dengan sebilah pisau pemotong daging.

Anis tersentak tetapi dia hanya mampu berdiam diri kerana beberapa jarinya ketika itu sudah luka dan tulangnya juga patah.

Tidak tahan dengan penderaan tersebut, Anis bertindak melarikan diri dengan bantuan seorang pengawal keselamatan yang bekerja di rumah tersebut.
4. Haryatin, pembantu rumah Indonesia di Arab Saudi



Perkongsian kisah sedih juga dikongsi McCurry yang menceritakan nasib menimpa Haryatin bekerja dengan majikan yang mempunyai sembilan anak di Arab Saudi.

Seperti mangsa-mangsa lain, Haryanti turut dipukul dan dipaksa tidur di stor simpanan barang.

Seawal jam 3 pagi, Haryanti dikerah mencuci pakaian seragam sekolah. Namun lebih malang, majikan pernah bertindak menyapu lampin bayi yang mempunyai najis ke mukanya ekoran dia lambat menukar lampin bayi majikannya itu.

Lebih pilu, Haryanti yang berasal dari Indonesia hilang penglihatan selepas dipukul di kepala menggunakan batang paip.
5. Siti, pembantu rumah Indonesia di Arab Saudi

Selain itu, hasrat seorang wanita bernama Siti meninggalkan Indonesia untuk mencari rezeki di Arab Saudi pula bertukar mimpi ngeri apabila dia terpaksa bekerja selama 20 jam sehari, di samping tidak diberikan makanan yang cukup dan terpaksa tidur di atas tilam di bilik penyimpanan.

Malah ketika di Oman, dia pernah mengadu menjadi mangsa gangguan seksual oleh majikan lelakinya tetapi isteri majikannya bertindak menampar dan menderanya.
6. Mary Grace, pembantu rumah Filipina di Malaysia

Kisah terakhir dikongsi McCurry adalah mengenai Mary Grace yang berasal dari Filipina.

Dia bekerja sebagai pembantu rumah untuk dua majikan di Malaysia. Dia menerima layanan yang baik daripada majikannya.

Namun, itu tidak memberi jaminan kepadanya untuk tidak menerima nasib malang apabila dia turut didera secara seksual oleh seorang petugas di sebuah hospital.

Kejadian berlaku apabila dia secara tiba-tiba pengsan ketika berada di pasar. Selepas tersedar di dalam ambulans, dia mendapati dirinya telah didera secara seksual.

Tidak mahu berdiam diri, dia cuba melaporkan insiden berkenaan kepada jururuwat di hospital terbabit tetapi dia diarahkan untuk berdiam diri.

Akibat pengalaman ngeri itu, dia mengambil keputusan untuk meninggalkan Malaysia tanpa sebarang gaji. – Suara.TV

http://www.ohmymedia.tv

Tag : sedih


0 Komentar untuk "sedih melihat rupa seorang amah disimbah air panas mendidih oleh majikannya."

Back To Top