KES DI KIP MART MASAI....kisah troli isi barang hilang sekelip mata





KES DI KIP MART MASAI


Saya nak share satu kejadian yang berlaku pd saya di KIP Mart Masai mggu lepas. Peristiwa ini saya harap dapat menjadi iktibar pada semua. Semoga anda semua lebih berhati2 ketika berbelanja di sana. Kol 6 ptg sya tiba di kip mart. Parking di bhgian pasar basah. Terus beli ikan n barang2 dapur. 

Kemudian sya beli buah2an 6-7 jenis untuk buat gubahan hantaran majlis kawin adik saya pd esok harinya iaitu 28hb Mei. Lenguh jg berdiri pilih buah yg besar2 n molek2...maklum la utk hantaran kn. 

Pastu trus pegi bhgian pakaian. Dah byk gerai2 jual baju raya. So dr 1 kedai ke 1 kedai cari baju melyu utk ank lelaki nk khatam Quran pd mlm jumaat 27hb Mei. Dapat baju melayu trus beli instant shawl utk ank2 perempuan yg nk khatam sekali. Dlm RM200 sya habis aritu. Nk balik tu sya pegi food court beli bungkus mkanan utk mkn mlm ank2. Otw nk ke parking adik sya whatapp mak pesan beli daun salad utk jamuan mkn beradap. So sya trus pegi bhgian sayur.



 Sya berhenti kt 1 kedai syur tu..depan kedai2 jual ikan. Sebaris gerai2 jual buah. Dekat la ngan pintu kluar. Sya letak troli kt blkg sya pastu trus belek daun salad nk tgk fresh lg ke tk. Tk smpai seminit tgk..tk jd nk beli. Sya pusing blkg dan tolak troli sya. Baru 2-3 langkah sya tgk dlm troli tu bukn brg2 sya. Ada syur brplastik2 dan ikan kembung je

. Sya dh panik.. tgk sekeliling cari mna troli sya. Mmg tkde pun kt situ. Sya berlari2 ank dlm kip mart tu nk cari kot2 ada org trsalah ambik troli. Pergi kaunter DJ tkde org. Tnya ngn org2 kt situ smua tk nmpk. Akhirnya redha je la dgn linangan air mata. Tk tahu nk cari kt mna lg. Fikiran dh buntu..sya fikir nk blk je. Baru tringat kucing2 kt rumh. Ikan 3kg dlm troli tu dh lesap jg. Sya pusing blk gi gerai ikan.


Budak2 gerai tu tnya'kak, bukan ke akak dh beli ikan td. Ni akak yg nk blk segamat kn?" 'Dah knpa akak nangis2 ni?" Dengan sebak sya cerita kt diaorg apa yg berlaku. Rupa2nya diaorg bgtau dh byk kes hilang troli kt kipmart tu. 


Ada yg dh belanja beratus2 ringgit, dh penuh 1 troli tiba2 hilang org larikn. Semua kejadian tu berlaku kt kedai2 sayur je. Pencuri tu akan standby 1 troli lain utk ganti ngn troli kita. Klau kita perasan dia ambil troli kita, nti dia cakap 'maaf salah ambik troli" sebenarnya mmg niat diaorg nk curi troli tu. 

Pencuri tu dtg kipmart mcm kita juga kononnya nk berbelnja. Tp dia akan perhatikn gerak geri mangsanya. Mereka bukan sorg. Katanya dh mcm ada sindiket curi troli kt situ. So sya share cerita ni supaya semua tahu tentang kewujudan sindiket curi troli tu.

 Semoga kita semua lebih berhati2 bila berbelnja di kipmart. Pastikn ada yg jaga troli anda setiap masa. Jangan bagi peluang pada sindiket tu. Dah ramai yg mengalami kerugian...ambillah iktibar dr kejadian ini. 

War2kan la pd shabat handai dan kluarga anda.
Apa2 pun sya redha mmg bukan rezeki kami sekluarga. hari tu sya blk dgn ikan 3kg je... sya yakin Allah akan gantikn dengan yg lebih baik lg. Alhamdulillah ternyata janji Allah itu pasti. Maaf pnjang sgt sya bercerita di sini...

Ihsan ........
Tag : semasa


0 Komentar untuk "KES DI KIP MART MASAI....kisah troli isi barang hilang sekelip mata"

Back To Top